Juruterbang Ini Bongkarkan Misteri Yang Menjadi Persoalan, Mengapa Lampu Di Dalam Pesawat Perlu Dimalapkan Ketika Berlepas, Dan Mendarat
Seorang juruterbang telah kongsikan sebab mengapa perlu dimalapkan buat seketika lampu di dalam pesawat ketika sedang berlepas, juga mendarat. Menerusi perkongsian dalam The Telegraph, juruterbang Patrick Smith kongsikan sebabnya. Jom kita ikuti perkongsiannya.
Satu penjelasan telah diberikan, dan sebab utama lampu dimalapkan adalah demi kepentingan keselamatan semua yang ada di dalam pesawat, jika berlaku kemalangan.
1. Memalapkan lampu boleh memberikan mata anda untuk menyesuaikan diri dengan keadaan gelap, supaya penglihatan anda tidak sepenuhnya menjadi gelap jika sesuatu berlaku, atau terputus bekalan kuasa
3. Lampu kecemasan yang ada di dalam pesawat juga dapat dilihat dengan lebih jelas, dan ia memudahkan untuk melihat, serta mengekalkan perkara asas, seperti jalan mana perlu dituju.
4. Penutup tingkap yang ada di dalam pesawat juga merupakan salah satu daripada strategi tersebut, di mana perlu dinaikkan, ketika berlepas dan mendarat.
Mata manusia boleh mengambil masa sehingga 10 minit untuk menyesuaikan diri sepenuhnya dengan kegelapan, yang mana masa tersebut sangat bernilai, lebih-lebih lagi jika perlu meninggalkan pesawat dengan secepat mungkin.
Teori ini juga mungkin digunapakai oleh lanun pada waktu dahulu, di mana sebelah mata mereka ditutup. Dengan ini, mereka dapat menyesuaikan diri dengan kedua-dua keadaan, di waktu cerah, juga gelap, jika perlu turun ke tempat simpanan yang gelap, atau sewaktu bertempur.
Source : Siakap Keli
Leave a Comment