Beberapa panduan solat ketika sakit


الصلاة عماد الدين, فمن اقامها فقد اقام الدين ومن هدمها فقد هدم الدين

"Solat itu adalah tiang agama (Islam), maka barangsiapa mendirikannya maka sungguh ia telah mendirikan agama (Islam) itu dan barangsiapa merobohkannya maka sungguh ia telah merobohkan agama (Islam) itu."



a) Cara solat untuk pesakit yang tidak mampu berdiri, tetapi mampu duduk

Panduan Solat Ketika Sakit

b) Cara solat untuk pesakit yang tidak mampu berdiri tetapi mampu duduk diatas katil

Panduan Solat Ketika Sakit

c) Cara solat untuk pesakit yang mampu mengiring

Panduan Solat Ketika Sakit

d) Cara solat untuk pesakit menggunakan isyarat mata

Panduan Solat Ketika Sakit




1.  SOLAT SAMBIL DUDUK
  1. Keadaan duduk adalah seperti duduk antara 2 sujud
  2. Mengadap kiblat
  3. Niat, takbir, sujud dan duduk tahiyat awal/akhir adalah sama seperti solat biasa.
  4. Rukuk dilakukan dengan menundukkan kepala sehingga kedudukannya bertentangan dengan tempat sujud.
  5. Iktidal pula dilakukan dgn mengangkat kepala tegak semula.
  6. Sujud seperti biasa. Namun, jika tak mampu, bolehlah dengan menundukkan kepala rendah sedikit daripada tunduk ketika rukuk.
Image result for panduan solat ketika sakit
Sekiranya kita masih mampu untuk rukuk seperti biasa dalam keadaan berdiri, kita hendaklah duduk menggunakan kerusi.. Takbiratul ihram macam biasa sambil berdiri, rukuk, dan terus duduk untuk sujud..(atas kerusi)..kemudian kita bangun kembali berdiri untuk membaca surah al- Fatihah, rukuk dan duduk atas kerusi untuk sujud.

 Akan tetapi jikalau sakitnya itu ada minima dan masih membolehkan bersolat seperti biasa maka hendaklah dia berusaha berdiri seperti biasa. Anas bin Malik radiallahu-anhu meriwayatkan hadis berikut: Ketika Rasulullah s.a.w.  memasuki kota Madinah, kota ini telah diserang wabak dan orang-orang pun menjadi sakit. Lalu Baginda masuk ke dalam masjid dan di saat itu orang sedang solat duduk. Melihat itu Baginda bersabda: "Solat orang yang duduk pahalanya setengah dari solat orang yang berdiri."   Mendengar itu orang-orang pun segera berdiri untuk (meneruskan) solat. Solat secara duduk tidak perlu diulang semula.

SOLAT BARING MENGIRING (pilihan pertama )
  1. Mengiring di atas rusuk kanan
  2. Muka dan dada mengadap kiblat
  3. Rukuk dan sujud dilakukan dengan cara menunjukkan isyarat kepala. Tundukkan kepala  semasa rukuk, sementara sujud dilakukan dengan menundukkan kepala lebih rendah daripada ketika rukuk.
  4. Jika tidak mampu, bolehlah menggunakan isyarat kelopak mata bagi rukuk, manakala sujud dengan isyarat menutup mata.



SOLAT BARING MELENTANG (pilihan kedua)
  1. Baring melentang dan kakinya diluruskan ke arah kiblat
  2. Tinggikan sedikit kepala dengan menggunakan bantal (atau seumpamanya) supaya muka mengadap kiblat
  3. Rukuk dan sujud dengan isyarat kelopak mata seperti dalam suasana solat mengiring di atas
  4. Jika tidak terdaya, bolehlah rukuk dan sujud dengan cara lintasan (niat) di hati dengan mengingati setiap perbuatan dalam solat
  5. Tangan diangkat seperti biasa ketika takbir. Jika tidak berdaya, memadai dengan ucapan Allahu Akbar sahaja.



Sumber : Pelbagai

No comments

Powered by Blogger.
loading...