Pertanyaan Untuk Cinta

Image result for cinta

Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat didadamu?
Itu BUKAN cinta, itu SUKA

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu BUKAN cinta, itu NAFSU

Adakah kamu menginginkannya kerna kamu tahu ia ada disana?
Itu BUKAN cinta, itu KESEPIAN

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu BUKAN cinta, itu KESETIAAN

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?
Itu BUKAN cinta, itu BELAS KASIHAN

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu BUKAN cinta, itu TERGILA-GILA

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerna kamu mengambil berat tentangnya?
Itu BUKAN cinta, itu PERSAHABATAN

Adakah kamu mengatakan padanya setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu BUKAN cinta, itu DUSTA

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu BUKAN cinta, itu KEMURAHAN HATI

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami, menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?
Jika demikian, itulah CINTA

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, itulah CINTA

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
Itulah CINTA

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
Itulah CINTA

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
Itulah CINTA

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA

~Beau~

No comments

Powered by Blogger.
loading...